Monday, 3 November 2008

Assalaam Koblal Kalaaam:)

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Assalaamu'alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Ustaz Firdaus hari tu ada kata..dalam hadith Rasulullah ada bersabda yang maksudnya : "Mulakanlah dengan Bismillah. Jika tidak, akan kita tidak akan mendapat rahmatNya." *Wallahu'alam..beginilah maksudnya seingat ana* Nescaya itu, Akhaawaat dan Ikhwaan semua, mulakanlah dengan bacaan Bismillah.
Daripada post yang sebelumnya, ana bertujuan untuk berterima kasih kepada kawan-kawan sekelas saya yang sangat prihatin dan terutama kepada Ummu Aiman, Ummu Laiyinah, Musfirah, Farzana, Siti Hajah dan lain-lain. mengurut-urut, menggosok-gosok dan apa sahaja yang antunna lakukan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. && juga yang memapah ana; Ummu Aiman, Nor Juana, Nurshahidah, Siti Hajah dan lain-lain. Juga kepada asatizah yang teramat prihatin, dah terasa macam emak dan ayah sendiri; Ustaz Yaakob, Ustazah Damawiyah, Sir Kamar, Mr. Ryendy, Ustazah Saniah, Cikgu Salbiah, Cikgu Suhana, Ustazah Zauwiah, Ustazah Sapiah:), Cikgu Zayton, Ustazah Saadiah dan lain-lain.Jasa-jasamu akan sentiasa diingati. No matter how much 'Thank You!' I say, it will never describe the actual amount. Lihatlah betapa ana terhutang budinya pada yang tertera diatas. Seriously, kalau tak, ana tak tahu apa terjadi pada diri ana.
Sekarang, Alhamdulillah, ana dah sihat sepenuhnya. Waktu sakit itu, seringkali teringatkan mati. Takut sangat sebab masih bergelumang dengan BANYAK noda-noda hitam. Sampai ana terbayang-bayang yang ana sedang disembahyangkan, dikuburkan.. TAKUUTT!! && waktu tu jaga nak bilang antunna halalkan makan minum ana, maafkan semua dosa-dosa ana. Dan yang paling utama, ana nak antunna semua hadir pada hari kematian ana dan sembahyangkan ana.Tapi ana sekali lagi memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Masih lagi mampu bernafas, memakan, meminum, berfikir dan terutamanya dapat meneruskan ibadah kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Dan peperiksaan akhir tahun pun telah berjaya ana tempuhi. Keputusan pun sudah dapat digambarkan. Walaupun markah ana taklah seberapa disebabkan oleh dugaan demi dugaan yang melanda (antaranya:sakit mabuk yang menjadi punca utama), ana tak menyesal. Dah tertulis macam tu. Menangis sampai airmata darah pun takkan dapat mengubah pun kan? Tak guna. Simpan je airmata tu untuk bermunajat kepada Allah. lagipun ini semua kan cuma dunia. Perlu ke orang lain tahu perbuatan kita? Cukuplah sekadar Sang Pencipta sahaja yang mengetahui.Lagipun ujian tu kan kaffarah dosa-dosa kita?:) maknanya Allah sayang ana. Sebab tu Allah uji ana..Betul kan? Jadi bila akhaawat dan ikhwaan semua diuji, jangan mengeluh...Allah baru uji sikit..Belum kena tahap awliyaa' dan anbiya'..ok?:) Allah sebenarnya nak kurangkan dosa-dosa kita yang banyak sangat..dan nak kita devote kan diri kita untuk Allah..Dating berdua aje dengan Allah? Best kan? Ingat taw akhaawat dan ikhwaan k?:)
p/s: kalau ditakdirkan ana meninggal dulu, ana ada satu permintaan daripada setiap 42 kepala; sembahyangkan ana..boleh? mudah kan?:)
Syukran 'ala awqaatikum wahusnistimaa'iikum..
Wassalamu'alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..

No comments: