Thursday, 23 October 2008

Assalamu'alaykum semua...ana tahu semua mesti sedang sibuk menelaah hadith dan buat maths kan? Teruskan perjuangan..takpe..rasakan dulu keperitan sebab nanti manisnya..MasyaAllah..sebuah nikmat yang tidak akan terungkai..kita usaha, kita sendiri yang rasa..

jangan ambil mudah walaupun kertas ujian hadith ustaz yaa'kob itu berpandukan pada hafalan sepenuhnya..jangan nanti hafal hadith, mustolah ditinggalkan..dan sebaliknya..dan jangan ambil kesempatan atas kebaikan ustaz..nanti hilang barakahnya..

kita harus memberikan setiap yang terbaik yang kita mampu..kalau rasa lemah..pergilah cari kawan yang boleh merangsang semangat anti balik..kerana kita sahajalah yang memahami kesusahan yang kita sendiri rasakan..

jika kita memberikan segala yang terbaik, insyaAllah kejayaan itu akan berada di genggaman. Walau apapun keputusan yang kita perolehi, kita akan dapat menerimanya dengan hati yang terbuka...Mengapa? Kerana kita telah gigih berusaha dan redha akan ketentuan Ilahi..

Manusia tidak perlu melihat apa yang kita lakukan..cukuplah sekadar Allah mengetahui segala usaha kita..InsyaAllah kita akan mendapat ganjaran yang besar...seperti firman Allah di dalam surah al-Mujadalah ayat 11 maksudnya : "Dan Allah mengangkat darjat orang-orang yangberiman dan yang menuntut ilmu"..

dan di dalam surah an-Najm ayat 39-41 yang membawa maksud.."Dan tiada apa yang diperolehi manusia kecuali dengan apa yang diusahakannya. Dan sesungguhnya usahanya itu bakal diperlihatkan. dan kemudian diberi ganjaran yang sepatutnya(setimpal dengan usahanya)".

dan banyak lagi kalam Allah yang mangatakan mengenai penuntut ilmu..mudah-mudahan dengan ayat-ayat yang ditukil ini akan tersuntik kembali semangat kita untuk teruskan perjuangan ini..

Sempena bulan Syawal ini, ana menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf..iyelah ana kan selalu marah-marah antunna..pekik-pekik..tapi ana rasa itu semua untuk manfaat kita bersama..ana tahu ada sesetengah antunna menganggap ana membebel tak habis-habis..tapi ana tetap juga nak nasihatkan antunna sebab sayangnya ana pada antunna Allah sahaja yang tahu..ana tak nak ukhuwwah kita setakat di dunia yang fana ini..tapi ana nak kita sama-sama menikmati kemanisan syurga..ana tak nak antunna jadi macam remaja kat luar sana..semuanya sama..kita ada keistimewaan kita tersendiri...maruah kita dah terpelihara sejak kita kecil lagi..dengan berkat kesabaran ayah ibu dan guru-guru mendidik..siapa yang nak ingat-mengingatkan kalau bukan diri kita sendiri? Satu hari antunna akan faham apa sebenarnya tujuan ana..ana ni pun manusia biasa yang tidak terlepas dari kesalahan. Justeru itu maafkanlah ana secara sengaja atau tidak..terumpat ke mengumpat ke tuduh-tuduh ke..dan lain-lain..

Dan ana pun nak merakamkan ribuan?jutaan?..yang penting ucapan terima kasih itu dah tidak dapat dihitung lagi..kerana mengambil berat tentang ana..memberi sokongan dan nasihat-nasihat yang sangat bernilai...

Seperti yang antunna dah ketahui, sejak ahad lalu, ana dah mabuk muntah-muntah...yang memaksa ana untuk tidak hadir pada hari isnin..ana ingatkan ana dah sihat, tapi sebetulnya masih lagi mabuk sampai muntah sebab juana urut. Hari rabu peperiksaan mula dan ana masih lagi mabuk-mabuk..tidak dibenarkan pulang oleh mudirah kecuali jika ada surat dari polyklinik. Ana pun memutuskan untuk menggagahkan diri juga buat nahu yang mempunyai 13 halaman.

Imbasan kembali..22 Oktober 2008..

*bagi sesiapa yang ingin mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi pada ana..

Sebelum memulakan kertas Tafsir, mabuk menyerang! Tanpa disengajakan, lelehan airmata deras mengalir di pipi. Cikgu Salbiah yang bertugas menyarankan ana berehat sebentar. Namun, ana tolak dengan baik dengan menyatakan ana mampu untuk meghadapi kertas tersebut. Setelah berpuas hati dengan jawapan ana, beliau pun melaksanakan tanggungjawabnya. Sedang saya membuat kertas itu, beliau menepuk bahu saya seraya berkata : " Mabuk-mabuk pun jawapan panjang". Selepas itu giliran ustaz Yaa'kob pula.

Setelah selesai menduduki kertas Tafsir, ana menunjukkan surat MC. Ustaz pun hairan.

Ustaz: "Eh, ni MC..hari ini berapa haribulan?"

Ana: " 22, ustaz"

Ustaz: "Abih kenapa ente datang sekolah?"

Ana: "Periksa..nak balik cepat boleh tak ustaz?"

Ustaz: "Ente sakit ape?"

Ana : *sejak tadi memegang kepala menahan sakit* mabuk..

Ustaz : "Lepas ni apa? tak nak buat kertas kedua dulu? "

Ana: "Nahu, ustaz..tak nak lah"

Ustaz :"Kalau gitu ente pergi jumpa mudirah..cakap ente nak balik..abih boleh balik sorang-sorang? Surah kakak ente ambil la..eh kakak ente GCE..Mak?"

Ana : " Mak sibuk..takpelah ustaz, balik sendiri.."

Ustaz : "Kalau gitu, bilang mudirah..ente nak balik..jalan mabuk-mabuk lepas itu ente sign tulis nama mudirah jadi Kamsino.."

Kak Hidayah Ismail : *Ketawa berdekah-dekah*

Ana : *Hanya mampu untuk tersenyum*

Dalam keadaan mabuk itulah mudirah 'memarahi' ana. Setelah ditemani kak Hidayah Ismail ke bilik Mudirah dan diperjelaskan kondisi ana..kalau tidak silap beginilah perbualan antara kita 'berdua'. Ya Allah maafkanlah hambamu jika tersalah, terkurang atau terlebih dalam menyampaikan..

Mudirah : "Kenapa Sakinah?"

Ana: "Mabuk zah..boleh balik?"

Mudirah: *melihat jam* "dah buat paper?"

Ustazah Saa'diah yang kebetulan ada disitu menjawab : "ada lagi satu kertas ustazah.."

Mudirah: " Abih awak ada MC tak?"

Ana: *memberikan MC*

Mudirah : *meneliti MC tersebut* "habis nak balik sekarang?"

Ana: "a`ah zah..dah tak tahan.."

Mudirah: "lepas ni paper ape?"

Ana: "Nahu"

Mudirah: "habis macam mana ni..surat MC ni bukan dari poly..kenapalah awak tak pergi poly sekejap? kan senang..lain kali buatlah keputusan dengan bijak, fikirlah..kan sakit-sakit kene marah..kita sebenarnya dah banyak toleransi dengan awak-awak semua..cuma awak-awak semua yang tak nak bekerjasama dengan kita..nanti orang lain cakap apasal anak dorang tak boleh pakai MC biasa..siap yang susah? kita juga yang susah..nanti mak-mak mereka cakap kita tak adil..awak bukan tak tahu undang-undang sekolah..awak muraqibah lagi..awak sepatutnya menghafal peraturan sekolah..habis sekarang macam mana? nak nangis pulak"

Ana: *memperdengarkan 'nasihat' 'beliau' dengan lelehan air mata kerana sakitnya kepala yang tidak terperi sambil berfikir sejenak* kalau gitu, saya ambil kertas nahu ajelah..

Mudirah: "sekarang awak rehat..klaau nak makan ke nak minum ke..lepas tu jumpe Ustazah Damawiyah.."

Ana: "takpelah zah..saya ambil dengan kawan-kawan ajelah.."

Mudirah: " lepas tu awak nak balik..awak baliklah..terserah awaklah. lain kali fikir..buat keputusan yang bijak.."

Ana: *lemah longlai* "Syukran zah"

Us.Katijah: "Hmm..ingat semua nasihat Mudirah tu.."

Ana: *memaksakan diri untuk senyum*

Us.Katijah menghantar hingga ke muka pintu..Kak Hidayah setia menunggu terkejut besar..Semua rakan sedarjah ana bengang lebih-lebih lagi Aiman..

Aiman : "Merepek sehh! Takkan nak suruh pergi poly jugak..setakat pasal MC tak boleh balik..eiihh! lame seh..dorang kalau sakit pun mesti tak datang ape!"

Waktu itu mabuk ana tidak tertanggung lagi..ana mengerang kesakitan..Kasihan kawan-kawan ana! Konsentrasi mereka terganggu kerana ana lebih-lebih lagi Aiman. Dia menelaah sekilas melihat ana yang terperuk di belakang kelas..

Ana melarang mereka untuk mengurut ana dan memicit-micit kepala ana..namun selesai sahaja mereka menelaah mereka terus meluru mendapatkan ana..waktu itu ana sudah mengetuk-ngetuk kepala ana sambil meraung kesakitan..

Mujurlah semasa kertas Nahu, mabuk tidak menyerang..Alhamdulillah, dengan membaca hanya sekilas pandang sahaja dan berkat ketekunan ana memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa mengajar, dapatlah juga ana membuatnya..yang menjaga waktu itu ialah Mr. Ryendy..
Kemudian Cikgu Suhana. Sejurus Cikgu Suhana memasuki kelas, tangan-tangan mula kelihatan terangkat. Beliau bergurau tidak mahu melayani pertanyaan kawan-kawan ana sambil mengadu kepada Mr. Ryendy. Mr. Ryendy sekadar tertawa mendengar aduannya.Beliau pun mulalah melayani setiap pertanyaan mereka. Beliau kemudian ke tempat ana.."Awak takde soalan?" Ana menggeleng. "dah pro lah" ujar beliau sambil menepuk bahu ana.Ana menggeleng sekali lagi. Tiada soalan tidak bermaksud semua jawapan betul. Kertas tersebut memakan masa lebih dari yang diberikan. Maka hanya baki satu jam lagi masa untuk pulang. Kalau pulang sejam awal, apa beazanya? Ana pun pulang bersama Shariffah Gamar.

Sebaik sahaja pulang ke rumah ana menceritakan kesemuanya kepada ibu ana..ayah yang turut mendengar menjadi bengang."kalau gitu kasi MC balik uh!". Malam hari, ana cuba menelaah mata pelajaran Biology, tetapi aku tidak mampu kerana mabuk kembali menyerang..ana pun memutuskan untuk tidur. Keadaan semakin memburukkan sebaik sahaja ana berbaring. Serangan mabuk menjadi-jadi. Sehinggakan bengkak mata ana menahan kesakitan. Mujur Aiman ada di sisi dengan memberikan kata-kata semangat.

24 Oktober 2008

Ana ke sekolah kerana menyangkakan ana sudah pulih sepenuhnya. Dipendekkan cerita, semasa membuat kertas Biology ana bagai menempah maut. Ana tidak boleh berfikir..Sejurus sahaja kerats diambil, manik-manik jernih mula membasahi pipiku. Ah! Allah sahaja yang Mengetahui betapa sakitnya ana..Mata ana tidak boleh dibuka lagi. Rapat terpejam. Raka-rakan mula mengerumuni tempat ana. Mr. Ryendy yang bertugas turut melihat ana. Aiman sudah mulai mengurut-ngurut ana. Pertanyaan yang banyak tidak ana terlayan.

Seingat ana, antara pertanyaan-pertanyaan antunna berbunyi macam ni..

"Sakinah!! Kenapa ni? Masih sakit eh?"

"Tadi dapat buat science tak?"

"Sakit sangat eh?"

"Kesiannye! Balik uh!"



dan lain-lain yang tak teringat..

Dan ana hanya mampu menggeleng atau mengangguk. Paling-paling pun membalas pertanyaan mereka sepatah dua kata sahaja. Nak jawab tapi sungguh tak terlarat..maaf ye teman-teman..ana pun dah tak tahu apa jadi pada ana. Tapi seingat ana Hajah atau Juana panggil Sir Kamar, minta tengokkan kondisi ana yang teruknya maha agung..Sir pun datang..Sir kata, "Then, you want me to do what?" Rakan-rakan menyuruh sir bercakap dengan Mudirah agar membenarkan ana pulang. Sir yang baik hati pun berkata beliau akan berusaha sedaya upaya dan akan memanggil seorang guru perempuan untuk melihat keadaanku. Hatiku mula gelisah. Ustazah Damawiyah pun naik ke atas. Semua memberi laluan.

Ustazah Damawiyah: "Kenapa Sakinah?" *sambil memegang kedua belah tanganku*

Ana: *Terus menangis*

Ustazah Damawiyah : "sejuknya tangan ente! demam?"

Kawan-kawan: "Tak zah, mabuk je.."

Ustazah Damawiyah: "Habis macam mana ni? Baliklah."

Ana: "Tak...tak boleh balik..Mudirah tak kasi balik sebab takde MC poly.."

Ustazah Damawiyah: "Habis macam mana? Memanglah kena pergi poly..Ente pergilah balik dulu..rehat..Petang baru pergilah.." * sambil menggosok-gosok belakang ana*

Ana: "Abih mak tak ajak pergi poly..mak kata doktor privet company bapak yang bayar..mak kata poly mahal."

Ustazah Damawiyah : " Huh? ape die?"

Kawan-kawan mengulangi percakapan ana.

Ustazah Damawiyah: "Kesihatan lebih penting dari wang..dah..papah dia pergi ke bilik guru.."

Juana: "eh, a'ah eh asal tak terfikir dari tadi..Kesihatan lebih penting dari wang.."

Ustazah Damawiyah: "Boleh Sakinah? takpe pelan-pelan"


Ana pun mula bangun dengan bantuan antunna. Sampai sahaja di muka pintu, mereka mendudukkan ana di atas kerusi. Tiba-tiba antunna hendak mengangkat ana. Ana pun paniklah. Kemudian hendak menangis. Antunna pun membatalkan hasrat antunna. Ana turun pelan-pelan. Kekecohan antunna..hehe! menggelikan hati sebenarnya..cuma ana tak mampu nak tertawa.

"Eh sana-sana! nak letak kerusi!"

"EH! EH!"

"Dahlah sekarang ana punye turn angkat dia!" Kata Shahidah (kalau tak silap ana) pada Juana

Juana: "sibuklah anti nih!"

Hajah: "alamak cantik!!ustaz Abbas ada..eh Sakinah anti step-step pengsan uh.."

Akhirnya sampai juga di idarah. Ustazah-ustazah pun mulai menanyakan keadaan ana. Jawapan yang sama ana berikan.."mabuk"..

No comments: