Wednesday, 12 December 2007

Ana pn ekcelli da lama nk kongsi dgn antunna mengenai satu maqaalah ni..drpd seorang ustazah..namanya Ustazah Sakinah(bagi sape yg knal..klw tk tuhh tkpe)..menarik sgt..beliau sentuh tntg frendship..memandangkn maqaalah itu pnjg..maka ana petik points2 yg penting jelah..

Persahabatan adalah satu ikatan yang indah di dalam kehidupan kita.Tidak salah jika ustazah katakan, hidup ini sepi tanpa kawan disisi. Sehinggakan peranan kawan dan rakan ini, mampu mengatasi peranan ibu bapa kita.Kehadiran sahabat dalam kehidupan, mampu menguatkan kita yang kadangkala lemah dengan mehnah kehidupan, kerana mereka seringkali berperanan sebagai penyokong kuat kita dalam menempuh setiap apa yang ingin kita perjuangkan.

Boleh juga kita katakan bahawa sahabat umpama cermin bagi kita. Sesungguhnya kita adalah manusia biasa yang sukar untuk melihat kesalahan diri sendiri. Maka rakan-rakan kita adalah manusia yang mampu melihat setiap kekurangan dan kelemahan diri kita. Atas sebab itu, sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mampu menegur kesilapan diri kita, kerana daripada situ, kita mampu memuhasabah diri dan menjadikan kita insan yang lebih baik pada hari-hari yang mendatang.

Tetapi akhawat, kita seringkali sukar untuk menegur rakan kita yang melakukan kesilapan. Kita bimbang hilang kawan, kita bimbang hidup bersendirian. Kita takut kawan kita berkecil hati dan kawan kita tidak boleh menerima teguran kita. Benar, ianya memang sukar.
Semuanya terpulang pada kita, sama ada kita sanggup menanggung risiko ataupun tidak. Tapi bagi ana, biar ana tanggung risiko di dunia namun untuk tanggung risiko di akhirat ana minta dijauhkan.

Atas sebab itu, sering kelihatan di dalam mana-mana persahabatan pun, seseorang itu takut untuk menegur kesilapan kawan-kawannya. Kita terpaksa membiarkan mereka terus berada di dalam keadaan melakukan kesilapan tanpa sedikit pun menunjukkan protes. Kadangkala pula kita sendiri seolah-olah menyokong mereka, dengan memberikan bantuan dan melibatkan diri kita di dalam perkara salah yang mereka lakukan. Kononnya demi kawan dan demi persahabatan. Tetapi wajarkah tindakan kita itu?

Cuba kita imbas kembali ikatan persahabatan para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka tidak pernah malu untuk menegur kesilapan sahabat yang lain malah tegur-menegur dan nasihat menasihati bagaikan menjadi budaya dalam kehidupan mereka. Mereka hidup dalam keadaan penuh kasih sayang dan sentiasa sama-sama berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan.

Tetapi persahabatan kita? Persahabatan kita banyak yang tidak ikhlasnya. Kita sering berlaku baik dihadapan kawan kita, tetapi di belakangnya kita mengejinya. Kadangkala persahabatan kita lebih banyak maksiatnya dari kebaikannya. Mmm…semua itu berlaku tanpa kita sedari dan jika kita sedar pun kita selalunya buat-buat tidak sedar.

Kita sebenarnya mempunyai kuasa yang luar biasa untuk mengubah rakan kita kerana kita mempunyai kuasa ‘pengaruh rakan sebaya’ yang cukup unik. Sehinggakan pengaruh ini mampu mengatasi pengaruh ibubapa. Ini melihatkan betapa kuasa yang Allah berikan kepada kita amat hebat dan cukup istimewa

Segalanya perlu mula pada diri kita, akhawat. Kita perlu menjadi rakan yang berlapang dada dengan teguran rakan kita. Walaupun kita rasa teguran itu tidak layak untuk kita, tetapi sekurang-kurangnya kita perlu fikirkan dan pertimbangkan teguran tersebut. Mungkin ada benar dan ada hikmahnya.

Kita perlu bersyukur sekurang-kurangnya ada juga orang yang mahu kita memperbaiki diri, ada juga orang yang prihatin dengan kita, dan ada juga orang yang mahu menyelamatkan maruah diri kita di dunia dan akhirat. Maka ucapkanlah terima kasih kepada rakan yang menasihati kita.

Jangan sekali kita sombong, usah juga kita mendabik dada apatahlagi berkata kasar:

“Kau tu siapa nak nasihat-nasihat aku. Tak payah nak buang masa lah. Cermin dulu diri kau tu, baik ke tidak!"

Teguran itu umpama madu lalu jangan kita balas dengan tuba.Kerana tanpa teguran hidup kita menjadi pahit. Kepahitan itu akan berdarah daging dalam diri kita, sehingga sampai pada satu saat sukar untuk kita buang kepahitan itu. Maka madu yang diberikan oleh sahabat kita jangan dipandang dengan sebelah mata, kerana madu itu akan menyelamatkan kita dari terus berada dalam kepahitan yang tidak kita sedari

--utk maqaalah yg penuh blhla ke website : www.ahlulquranpts.blogspot.com--

No comments: