Monday, 12 April 2010

coretanku..

Dengan lafaz bismillah kumulakan bicara..
terasa lama kita tidak bersua muka..
urusan harian terlalu menghimpit kita semua...
menyebabkan kerinduan yang ditanggung semakin membara...


hanya kumampu mengirimkan doa...
agar kita tabah menghadapi cabaran semasa..
di samping berjihad di jalanNya..
kerana begitulah caraNya menunjukkan kasihNya..
melalui berbagai ujian yang diberiNya...

kadang kuterasa amat lemah..
terasa tersisih...
tidak terdaya..
menghadapi pancaroba..
yang bertali arus datangnya...

justeru itu, kupinta doa kalian..
agar diberi kekuatan..
untuk menghadapi onak dan duri..
yang kian menjalar..
mengulit diri yang kerdil ini..

teman,
hulurlah tanganmu,
di kala aku jatuh tersungkur..
sentiasalah berada di sampingku...
kerana kita saling memerlukan...

dan akhir sekali
ingatlah daku
di dalam setiap doamu..


(p/s: Saya teramat merindui zaman 2007-2009...&&doa antunna sangatlah ana perlukan...supaya cekal menghadapi rintangan...di zaman yang penuh dengan cabaran dengan dugaan!)

insyaAllah klw ade rezeki, kte uat gathering mase June nnt, k sweethearts!

yang sentiasa meyayangi dan
mengingati antunna semua,

Sakinah Binte Mohamed Noordeen
(hamba Allah yang teramat kerdil!)

No comments: