Monday, 29 December 2008


Manakala datang tahun baru hijriyah, yaitu bulan al-Muharram, pada bulan ini kita telah berpisah dengan tahun sebelumnya dan akan menyambut tahun yang akan datang, tahun yang baru, maka apakah yang telah kita tinggalkan dari sekian amal perbuatan untuk tahun kemarin? Dan dengan apa kita akan menyambut tahun yang baru ini?? Apakah bulan ini memiliki keistimewaan dan keutamaan tersendiri? apakah ada amalan yang harus dilakukan oleh setiap muslim pada bulan tersebut sebagai upaya untuk menghidupkan as-Sunnah dan upaya untuk memperoleh pahala serta kebaikan bagi orang yang mengajak kepada tujuan agama.


Amalan Yang Dianjurkan
  • Tidak berbuat dzalim pada bulan ini, baik yang kecil maupun yang besar. )
  • Berpuasa ‘Asyura (10 Muharram). Imam an-Nawawiy berkata, “Puasa hari ‘Asyura dapat menghapuskan seluruh dosa-dosa kecil selain dosa-dosa besar dan sebagai kafarrah dosa satu tahun.” (al-Majmu’ Syarh al-Muhadzab, juz. 6).
  • Disukai puasa ‘Asyura (10 Muharram) disertai dengan Tasu’a (9 Muharram) untuk menyelisi orang-orang Yahudi dan Nashrani. Ibnu Abbas berkata, “Ketika Rasulullah berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para shahabat untuk berpuasa, mereka berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari tersebut diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nashrani, maka Rasulullah bersabda, “Maka apabila datang tahun depan insya Allah kita berpuasa pada hari ke sembilan.” Ibnu Abbas berkata, “Tidaklah datang tahun berikutnya sampai Rasulullah wafat.”(HR. Muslim, no. 1916)
Kawan -kawan !
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430 !
semoga pada tahu baru ini kita menjadi insan yang lebih bertaqwa dr tahun sblmnya.amiin..







Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Siapa yang mengajak kepada suatu petunjuk, maka ia akan memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengikutinya dan tidaklah mengurangi sedikitpun dari pahala mereka.” (HR. Muslim)

Sunday, 28 December 2008

LARANGAN MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SEMBAHYANG

LARANGAN MELINTAS DIHADAPAN ORANG YANG SEDANG SEMBAHYANG.

Baginda Rasulullah S. A. W. bersabda ....... "Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya dari orang, kemudian ada orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN ..........."

dan menurut hadis yang lain ......

"Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG , maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN......." hadis riwayat Bukhari & Muslim.....

penjelasannya ?.. DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Selain itu boleh juga meletakkan sesuatu atau membentang sejadah malah boleh juga dengan membuat batas atau garis pembatas sebagai tempat sembahyang. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapannya kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM. Orang itu harus DITOLAK .

dan ?.. Bagi orang yang mengetahui atau orang yang sedang sembahyang itu sendiri, disunatkan MENOLAKNYA dengan gerakan yang tidak sampai MEMBATALKAN sembahyangnya?. dan ?.. Dalam sembahyang BERJEMAAH, setiap BARISAN adalah pembatas bagi yang ada di belakang ??

Wednesday, 24 December 2008

Tuesday, 23 December 2008

SELAMAT PERGI DAN SELAMAT BALIK.

LIYANA & SHAFIQAH KE SYRIA 2 THN

LIYANA

CUTE KN BEG LIYANA?

SHAFIQAH

Thursday, 18 December 2008

Tuesday, 16 December 2008

KEBERSIHAN ON 23disember08.
JGN LUPA.
USTAZAH ZAUWIYAH SURUH MEMPERINGATI SESAMA KITA.
dtg ye jgn tk dtg.

Monday, 15 December 2008

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu'alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Ana terbaca satu artikel yang ana dapati sangat menarik. Justeru itu, ana ingin kongsi ianya bersama di dalam ruangan ini.

SeLaMaT MemBaCa~ ;)


Ehem, Gambar Muslimahkah Ini?
www.iluvislam.com
oleh:private_xplorers
(dipetik dari blog WEWR ~khabar dari urdun~)



MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?


Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
PENYELESAIANNYA….
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.
Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...
S e l a m a t B e r m u j a h a d a h
:)
-Semoga kita dapat meraih manfaat daripadanya. Syukran kerana meluangkan masa anda membaca artikel ini. Assalamu'alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh! :)-

Friday, 5 December 2008



assalamualaikum wr. wb.
para pembaca yang dikasihi.
teman united twogigi yang di sayangi.
pada 20 december 2008.
hari sabtu.
pada jam 2 petang.
teman sedarjah kita yang bernama Albasra Albihaqi mengadakan jamuan dirumahnya.
beliau amat berharap jika pelajar menengah tiga sudi hadir.
kepada pembaca yang baik hati sila khabarkan kepada teman-teman kita yang lain.
harap maklum.
terima kasih.

alamatnya:

Blk 649a
jurong west st 61,
#09-286.


kepada sesiapa yang inginkan hp num mintak albasra sila hubungi hidayah ismail.


sekadar info:20 dec adalah bday basra.

Thursday, 4 December 2008




PERHATIAN

Pada 22 dec 08

Liyana Musfirah & Nur Shafiqah

pelajar menengah 4 tahun 2008, akan ke Syria bagi melanjutkan pelajaran mereka disana selama 4 tahun.

mereka berbesar hati jika pelajar menengah 3 sudi menghantar mereka.

Liyana turut mengundang Nurul Huda Nadhirah.

di terminal 2.

pada jam 6petang.

penerbangannya pada pukul 7:45p.m.

harap maklum.terima kasih.

Wednesday, 3 December 2008

Tuesday, 2 December 2008